Makan.

Advertisements

Borong.

CARA SINGKAT MEMBORONG PAHALA

1⃣. Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2⃣. Bersolawat Kepada Rasulullah ﷺ
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

“Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda”. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3⃣. Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka.
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ:
“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4⃣. Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: “Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari)

5⃣. Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu: “Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6⃣. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit.

Tetapi Nabi Muhammad juga ada bersabda ﷺ:
“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7⃣. Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insya Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Rasulullah bersabda ﷺ :
“Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, niscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.” (Hadis Riwayat al-Thabarani)

8⃣. Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Seperti sabda Nabi Muhammad ﷺ:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapatkan pahala-Nya.

Tabah.

Ⓜ Bismillah

TANDA ALLAH SAYANG KITA

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah. Bila Allah hantar rasa sedih, Allah nak kita tabah. Bila Allah hantar bahagia, Allah nak kita sentiasa bersyukur.

Dua kali Allah SWT ulang dalam Al Quran. Sesungguhnya setiap kesusahan itu diakhiri dengan kesenangan. Semoga sentiasa tabah.

Ustaz Wadi Anuar
✍🤲💫 SELF REMINDER

Sesuatu.

Awak tahu tak?
Dalam Neraka Saqar ada 19 Malaikat yang tidak ada perasaan kesian. Di bantai sampai sakit, kemudian dia akan tetap bantai lagi dan lagi dan lagi.

Kita (In Sya Allah) kalau masuk syurga akan tinggi seperti nabi Adam, iaitu 60 hasta. Sebab syurga itu besar.

1 batang gigi ahli neraka sama besar dengan badan seorang ahli syurga. Sebab nak bagi rasa lagi sakit, contoh terbakar 1 jari dengan terbakar 1 tangan mana lagi sakit?

Awak tahu tak?
Malaikat Malik adalah ketua kepada 19 malaikat tadi iaitu Malaikat Zabaniyah.

Awak tahu tak?
Malaikat Munkar dan Nakir akan datang dalam 1 warna iaitu hitam ke biruan atau biru kehitaman.

Awak tahu tak?
Taring dua malaikat tadi sampai ke tanah. Rambut beliau pun begitu.

Awak tahu tak?
Suara Malaikat Munkar Nakir ni bila bercakap ibarat petir dan mulut mereka mengeluarkan api. Mata mereka ibarat kilat dan berwarna biru.

Awak tahu tak?
Tempoh untuk mayat itu di datangi 2 malaikat tadi ibarat sembelih kambing, lapah dan bahagi² daging itu. Itu lah tempoh mereka nak datang. Maksudnya kalau awak duduk 1 malam pun mereka tetap datang.

Awak tahu tak?
Kayu pemukul mereka, jika di letak di Bukit Uhud necsaya hancurlah bukit itu. Tu baru letak. Kalau di ketuk?

Awak tahu tak?
Jika di kumpul semua manusia dan jin untuk mengangkat pemukul tersebut nescaya tidak akan terangkat.

Awak tahu tak?
Sesungguhnya soalan kubur itu benar!
Tapi apa yang akan di jawab bukan ilmu, tetapi amalan.
Ada orang selesai di tanya sekejap, ada mengambil masa 70 tahun untuk jawab 1 soalan.

Awak tahu tak?
Soalan yang memalukan ialah bila 1 mayat di tanya tentang seorang lelaki yang di utuskan. Ramai tak dapat jawab. Bahkan di zaman Rasulullah saw pun ada yang tak dapat jawab.

Awak tahu tak?
Jika berdiri nya malaikat Maut mata beliau di Lauh Mahfuz, kaki beliau seolah2 di bumi.

Awak tahu tak?
Malaikat Maut, kita ini hanya di antara ke dua mata beliau. Ibarat ambil bola pingpong (bumi) letak depan mata. Seolah-olah itu gambaran.

Awak tahu tak?
Malaikat Maut boleh datang dengan berubah rupa atas amalan seseorang itu. Tidak seperti Munkar Nakir yang datang hanya 1 bentuk.

Awak tahu tak?
Malaikat Israfil sudah pon meletakkan ‘trompet’ beliau di mulut dan hanya menunggu isyarat dari Allah.

Awak tahu tak?
Malaikat Israfil ada 1200 sayap, 600 kiri dan 600 kanan. 1 sayap boleh tutup rupa sebenar Jibril dan langit.

Awak tahu tak?
Malaikat Israfil dari telinga ke bahu memakan masa 70 tahun perjalanan.

Awak tahu tak?
Malaikat penanggung arasy Allah.
Telinga ke bahu 700 tahun perjalanan.

Awak tahu tak?
Setiap langit di penuhi malaikat.
Setiap langit ada malaikat yang sujud, ada Malaikat yang rukuk.

Awak tahu tak?
Di langit ke-7 ada Baitul Makmur.
Baitul Makmur ini terletak di atas kaabah.
Tempat tawaf bagi Malaikat.

Awak tahu tak?
Jika air laut di tuang ke atas malaikat2 tadi…
Nescaya tiada setitik pun akan tumpah.

Awak tahu tak?
Malaikat penjaga gunung pernah minta izin Malaikat Jibril untuk jumpa Rasulullah untuk menghempap penentang Rasulullah.

Awak tahu tak?
Malaikat memayungi majlis ilmu.
Sehinggakan orang yang hanya singgah untuk ke tandas di majlis itu pun mendapat berkat.

Awak tahu tak?
Tiap-tiap kita… Allah sertakan Malaikat Hafazah untuk mengimbangi hasutan jin pendamping iaitu Qarin.

Awak tahu tak?
Iblis pernah menjadi ketua kepada para malaikat suatu ketika dulu. Tetapi dia di laknat kerana sombong dan tidak ada adab.

ADAB MENGATASI ILMU.

Awak tahu tak Nabi Ibrahim pernah di bakar?
Ketika Nabi Ibrahim AS di bakar, cicak la binatang yang turut menghembus untuk memarakkan api. Sunat bunuh cicak.

Awak tahu tak pada umur berapa Nabi Ibrahim dapat anak?
Nabi Ibrahim dapat anak (Nabi Ismail) pada umur 90 tahun.

Awak tahu tak saat Nabi Ismail di sembelih?
Ketika Nabi Ibrahim sudah pun menarik pisau di leher Nabi Ismail ketika itu baru lah Allah tukarkan kepada kibas.

Awak tahu tak kibas pada hari Nabi Ismail kena sembelih?
Kibas itu adalah kibas yang di angkat ke langit ketika peristiwa 2 anak Adam iaitu Qabil dan Habil.

Awak tahu tak selepas peristiwa sembelih tadi?
Nabi Ibrahim sujud sebanyak 4 kali.
Sujud pertama bersyukur kepada Allah.
Sujud kedua bersyukur terlepas dari kesedihan.
Sujud ketiga bersyukur dan memohon akan redha Allah.
Sujud keempat bersyukur korban nya di ganti dengan kibas.
Waktu ni terjadilah solat zuhur.

Awak tahu tak siapa bapa Nabi Ibrahim?
Bapa Nabi Ibrahim adalah tokey berhala.
Akan tetapi tidak pernah Nabi Ibrahim biadap kepada bapanya.

Awak tahu tak kenapa Nabi Ibrahim di gelar bapa kepada Nabi-Nabi?
Kerana dari dialah lahir nabi dari keturunan bani israel (Nabi Ishak) dan nabi dari keturunan arab (Nabi Ismail).

Awak tahu tak Nabi Ibrahim duduk di langit ke berapa?
Nabi Ibrahim duduk di langit yang ke-7.

Awak tahu nama sebenar imam mazhab korang?
Nama dia Muhammad bin Idris.
Syafie adalah nama moyang beliau dan salah seorang keturunan dan sahabat Rasulullah saw.

Antara sikap Imam as-Syafie ialah…
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa-apa…

Sekadar renungan.

Aku tiada apa nak bawa jumpa pencipta aku.
Aku tak tahu amalan-amalan aku di terima atau tidak.
Jadi aku ambil jalan ke-2 dengan menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat…
Dengan harapan esok lusa kalau aku pergi menghadap Illahi aku ada sesuatu untuk tidak di azab.