Raudah.

“Makam Sa’ad bin Abi Waqas di China.

Korang tahu tak ada sahabat nabi yang pernah sampai ke Cina? Siapa lagi kalau bukan Sa’ad bin Abi Waqas (RA). Korang boleh ziarah makamnya di Guangzhou, China.

Ada riwayat cina yang menyebut Nabi Muhammad (SAW) menghantar 3 orang pendakwah untuk mengajak maharaja masuk Islam. 2 orang daripadanya wafat dalam perjalanan. Seorang sahaja yang sempat tiba di China dan membangunkan masjid di sana.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan (RA), dia menghantar rombongan pendakwah yang diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqas (RA). Misi ini bermula 29 tahun selepas Hijrah. Tujuan utama mereka ingin melihat maharaja Cina memeluk agama Islam. Kalau korang pergi Canton, akan jumpa masjid besar yang dibina sahabat Nabi.

Mana nak cari makam Sa’ad (RA)?

Buka google map, cari Yuexiu Park, Jiefang Bei Road, Guangzhou, China.

Lokasinya betul-betul bertentangan dengan taman ni. Monumen putih yang kecil bersama kubah terdapat di makamnya. Kena jalan sampai ke hujung baru jumpa. Di atas makam tertulis dalam bahasa arab: “Raudhah Abi Waqas” iaitu taman syurga (makam) abi waqas.

Apa yang menarik, di sisi masjid berhampiran makam Sa’ad (RA) ada sebuah perigi.

Air dari perigi itu sangat jernih dan menyegarkan. Kedalamannya mencecah 15 kaki. Kalau pergi China, biasanya orang akan minum air mineral. Nak cari air bersih bukan senang. Sementara itu, perigi Sa’ad bin Abi Waqas ini menyajikan air yang bersih dan menyamankan.

Ada sesetengah orang yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqas meninggal dunia di Mekah. Perkara ini pernah dijelaskan oleh anak sahabat ini sendiri, Amir. Katanya orang yang wafat di Mekah itu memang bernama Sa’ad, tetapi bukan bapaknya. Nama penuh orang yang meninggal dunia di Mekah itu ialah Sa’ad bin Khaula (RA) dari Bani Amir bin Lu’ai.

Tiada apa yang menghairankan jika Sa’ad bin Abi Waqas (RA) boleh sampai ke China. Apatah lagi, dia pernah didoakan Nabi agar berumur panjang dan orang ramai mendapat manfaat besar daripadanya.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Kredit : The Patriot 2.0

Leave a Comment